Andai ada resah
Di sebalik bayangan rasa
Di celah kekusutan jiwa
Hilangkanlah
Satukanlah hati kita
Kerana kita adalah sama
Di bawah satu panji warisan
Andai ada gelisah
Di pelusuk ruangan percaya
Di seluruh mukim setia
Hancurkanlah
Satukanlah hati kita
Kerana kita adalah satu
Di bawah satu panji merdeka
[31.08.08]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys
Sunday, August 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment