Custom Search

Sunday, September 28, 2008

Cinta

Cinta
Umpama sebuah kuasa sakti
Yang bisa menakluk setiap insan
Menyerah menjadi hambanya
Dalam kerajaan yang halimunan
Dan belum pasti kebahagiaannya


Cinta
Pantas meresapi hati pemujanya
Dengan sayang yang abadi
Dengan rindu yang mendalam
Malah dengan janji yang setia
Sebagai taruhan keikhlasan

Namun cinta
Tak pernah cuba memberitahu
Tentang kecewa yang pasti tiba
Tentang derita yang pasti menjengah
Andai kuasanya mula luntur
Di kala curang mula beraja



[27.09.08]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Kesan Semalam

Di kala senja melabuhkan tirainya
Hadir khayalan melakar kenangan
Di atas kanvas berwarna jingga
Di antara hembusan bayu
Di celah-celah dahan rumbia
Yang tenang melangkau waktu

Detik-detik kenangan seakan terulang
Bila hati kembali dipaut rindu
Pada saat yang gemilang indah
Ketika cinta masih bertaut
Walau sudah lama terlerai hampa
Di atas gulungan sejarah

Terkadang terkhayal sejenak
Seakan baru semalam
Cerita cinta itu berakhir
Kerana kesannya masih terasa
Pada sisa-sisa rindu yang tertinggal
Di atas helaian hati
Yang terus menafikan perpisahan

[27.09.08]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Memori Cinta Lama

Sedetik waktu beralih paksi
Seraut wajah kenangan menjelma
Membawa hembusan sejarah
Yang begitu mustahilnya menghilang
Akan terus menyelubungi langkah
Walau kemana pun arah dituju

Sepantas mata berkelip
Serumpun memori pasti mendatang
Bersama kisah-kisah janji
Bersalut rindu-rinduan yang berkabus
Terlindung di balik rahsia cinta
Yang pergi bersama seribu persoalan
Di benak yang terluka

[27.09.08]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Sunday, August 31, 2008

M.E.R.D.E.K.A.!

M.E.R.D.E.K.A.!
Laungan keramat
Penuh kedaulatan
Untuk tanah tercinta
Yang bebas dari jeriji putih


M.E.R.D.E.K.A.!
Laungan semangat
Penuh kesyukuran
Untuk negara warisan
Yang lepas dari kesengsaraan

M.E.R.D.E.K.A.!
Untuk semua yang mengerti
Tentang sebuah kebebasan,
Tentang sebuah keamanan
Dari sebuah perjuangan
Yang penuh ketulusan

M.E.R.D.E.K.A.!
M.E.R.D.E.K.A.!
M.E.R.D.E.K.A.!
Untuk semua yang bernaung syukur
Di bawah panji berdaulat
Bernama Jalur Gemilang

[31.08.08]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Satukanlah Hati Kita

Andai ada resah
Di sebalik bayangan rasa
Di celah kekusutan jiwa
Hilangkanlah
Satukanlah hati kita
Kerana kita adalah sama
Di bawah satu panji warisan

Andai ada gelisah
Di pelusuk ruangan percaya
Di seluruh mukim setia
Hancurkanlah
Satukanlah hati kita
Kerana kita adalah satu
Di bawah satu panji merdeka

[31.08.08]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Saturday, August 30, 2008

FRIENDSHIP

Friendship
A word of strength
Between me, you and them
Born for love
Born for loyalty

Friendship
A land of power
Between me, you and them
Born for all
Born for peace

Friendship
A way of mighty
Between me, you and them
Born for all race
Born for religion

Friendship
A way of life
A way of love
On a line of PEACE!

[30.08.08]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Friday, August 29, 2008

Untuk Yang Mengerti

Sehelai selendang kerinduan
Berbenangkan kasih sayang
Telah jatuh longlai
Terbang dibawa angin
Meninggalkan kisah setia
Yang pernah terungkap dulu

Seraut wajah tenang
Bernadikan ketulusan
Telah hilang di balik awan
Ditelan suratan dugaan
Pergi bersama kisah cinta
Yang berlalu tanpa suara

Untuk Yang Mengerti
Semuanya telah tersurat
Rindu berakhir di garis takdir
Terlerainya cinta semalam
Di kala setia membajai hati
Dan terhapus bersama sebuah kehilangan

[29.08.08]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Thursday, August 28, 2008

Bingkisan Sebuah Rindu Yang Hilang

Aneh ku rasakan di ketika ini
Tiada resah menjentik jiwa
Di kala malam menebarkan sunyi
Antara karya-karya sepi
Sang angin dan gelap
Yang mengalun bidikan kasih
Berbisik-bisik denganku
Tentang kasih dan sayang
Yang sekian lama terlerai
Dihempas badai percaya
Antara ukiran arca kehidupan
Dan lukisan hati kesengsaraan
Sang perindu yang sekian lama
Kehilangan erti kerinduan
Pada insan bernama kekasih
Yang pernah bertakhta
Melakar detik indah dan suram
Mencanting corak senyum dan sedih
Pada kanvas perjalanan hidup
Yang entah bila berhentinya
Di atas garis-garis masa
Dan pergi bersama sisihan kenangan
Meninggalkan cerita cinta
Menjadi sebuah dongengan kasih
Yang pernah hadir
Dalam pelayaran kehidupan.

[28.08.08]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Di Sebalik Malam

Di sebalik malam
Tersingkap bayangan sunyi
Antara teriakan cengkerik
Yang resah menanti pasangan
Merungkai-rungkai erti sepi
Di antara celah-celah gelap
Rindu yang masih berbalut

Di Sebalik malam

Terbongkar biasan resah
Antara ngauman unggas
Yang sayu menunggu cahaya
Melebarkan suramnya penantian
Di pelantar garis-garis waktu
Siang yang masih di laut.

[28.08.08]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Tuesday, August 26, 2008

The meaning of fear

Fear of Dark?
Will deny your bright
And attach you with shadow
And stick you with longer defeat

Fear of Ghost?
Will deny your angel
And attach you with evil
And stick you with hidden sins

Fear of defeat?
Will deny your victory
And attach you with failure
And stick you with continously disappointed

And
Fear of Death
Will deny your life
And attach you with weakness
And stick you with lower confident

[26.0802008]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Di Sebalik 57

Dulu...
Di sebalik 57
Tiada siapa mampu menafsir
Betapa dalamnya lurah hidup
Dalam mencari sesuap nyawa
Di sebalik keledek dan ubi kayu

Di sebalik 57
Tiada insan sanggup mengenang
Betapa getirnya bilur-bilur perjuangan
Menghadap timur dan barat
Yang hadir bersilih ganti


Dan kini...
Di sebalik 57
Mengapa ada insan lupa
Betapa sakitnya mencari sinar suria
Yang tenggelam bersama penderitaan
Di celah-celah banir perjuangan
Di antara panji Nipon dan Union Jack

Lupakah atau sengaja?
Di sebalik 57
Ada lambang kebebasan
Ada tanda kedaulatan
Untuk sebuah tanah warisan
Tanahair yang bernama MALAYSIA



[26.0802008]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Monday, August 25, 2008

Meniti harapan

Di pesisir pantai itu
Terbentang butiran harapan
Di antara garis-garis laut
Yang setia menemani pasir
Dan cebis-cebis buih
Untuk terus melayani impian
Yang belum kesampaian

Dan
Ditengah-tengah laut itu
Terpapar biasan rintangan
Menanti kehadiran tetamu
Yang sering bermimpikan kemuliaan
Di antara suara-suara hinaan
Lalu menjelmakan kesempurnaan
Di hujung penantian

[25.0802008]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Thursday, August 21, 2008

Tak Pasti Mengapa

Tak pasti apa yang ku kejar
Namun apa yang kupasti
Kaki ku terus melangkah pantas
Meninggalkan bekas-bekas debu
Menggapai-gapai larikan langit

Tanpa menoleh sesaat pun
Denai yang melambai-lambai di belakangku
Hatiku terus memaksa untuk terus melangkah
Mengejar suatu rasa yang belum pasti
Yang jauh sirna di depanku

Walau kudratku semakin longlai
Tapi resahku tetap memujukku
Nekad menelusuri jeram-jeram batu
Yang sesekali menarik-narik lembut kakiku
Mengumpan untuk berhenti
Dari terus memburu denak rasa di hadapanku

Yang pasti
Aku tetap tak mengerti
Apa yang ku kejar di hadapanku
Dalam raut naluri yang mendingin

[21.0802008]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Love Will Never Die



Love will never die

From the first time She born

Until the world end its life


Love will never die

Although you stab her with knife

Or shoot her with gun


Love will never die

To bring our life peacefully

And together with us until the day come


I tell you that

Love will never die

Because of its colour

Because of its smile

Because of its patient

And because of our need!


[21.0802008]

Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Tuesday, August 19, 2008

Saatnya Bermula Semula

Saatnya bermula semula
Memahatkan semula ukiran puitis
Pada papan kenangan
Yang telah lama menangis sunyi
Sendiri melawan kesepian
Dalam menoktahkan perjuangan suci

Bukan kerana tiada teman
Bukan kerana tanpa pasangan
Bukan jua kerana kehilangan
Tapi sendiri memasang pagar
Menafikan kehadiran awan-awan terang
Dari terus menziarahi arca ketenangan

Yang pasti kini
Saatnya bermula semula
Membongkar layar-layar puitis
Pada bahtera perjuangan
Yang telah lama tersimpan sepi
Di lurah keinginan


[19.0802008]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

Kini Aku Kembali...

Kembalinya aku sebagai Kenyalang Putih @ Esairy Arys yang pernah menitipkan karya-karya yang tak sepertinya dulu (lebih kurang pertengahan tahun 1996).

Aku yang pernah mengemparkan kawan-kawan sepersekolahan, sewaktu di tingkatan 6 dulu. Kini akan memulakan semula langkah sastera ku,setelah lama bertapa tanpa karya, dan mula rindu semula untuk mencantas satu persatu bilur-bilur mimpi dan idea yang tak pernah kunjung padam, walaupun telah cuba menjirusnya dengan lautan keengganan untuk tampil semula.

Kali ini aku bangkit hanya sebagai picisan daripada ribuan sasterawan baru di muka bumi sarawak, mahupun di malaysia. Yang pasti aku akan terus menitipkan titis-titis minda satu persatu tanpa jemu.

Andai menjelmanya kesilapan di bait-bait karya yang ku titipkan di atas blog karya ku ini, usah kaget.Itu petandanya aku baru bangkit dari mimpi lamaku dulu.

Buat teman-teman yang pernah seiring memperjuangkan karya-karya puitis di laman karya Utusan Sarawak,(Suratkhabar Sarawak) yang memperjuangkan karya-karya penulis baru di Sarawak....

Salam Perkenalan Kembali Buat Semua Yang Pernah Mengenali Esairy Arys / Kenyalang Putih

Kembali Bersama Kenyalang Putih!