Custom Search

Tuesday, August 19, 2008

Saatnya Bermula Semula

Saatnya bermula semula
Memahatkan semula ukiran puitis
Pada papan kenangan
Yang telah lama menangis sunyi
Sendiri melawan kesepian
Dalam menoktahkan perjuangan suci

Bukan kerana tiada teman
Bukan kerana tanpa pasangan
Bukan jua kerana kehilangan
Tapi sendiri memasang pagar
Menafikan kehadiran awan-awan terang
Dari terus menziarahi arca ketenangan

Yang pasti kini
Saatnya bermula semula
Membongkar layar-layar puitis
Pada bahtera perjuangan
Yang telah lama tersimpan sepi
Di lurah keinginan


[19.0802008]
Kenyalang Putih @ Esairy Arys

No comments: